Saturday, 11 October 2014

U.S.A.H.A

Assalamualaikum..

Perbualan antara angkasawan negara dan seorang pelajar :

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..”

“Dato’, saya nak tanya sikit..”

“Janganlah panggil saya Dato’, rasa macam tua pula ! Panggil je Dr..”

“Baiklah. Dr, saya nak tanya sikit..”

“Silakan..”

“Apakah cara yang paling mudah untuk menjadi angkasawan ?”

“Hahaha... Adik.... Sesungguhnya tidak ada jalan mudah untuk berjaya !”

Dapat tak isi daripada cerita tersebut ? Faham tak apa yang nak disampaikan itu ? Ingat mudah ke nak berjaya ? Ingat senang ke nak jadi kaya ? Adakah anda berfikiran bahawa nak mencapai cita-cita itu semudah membaca A,B,C ? Adakah anda beranggapan bahawa nak jadi orang yang berpengaruh senang seperti mengira 1,2,3 ?

Oleh itu, USAHA iaitu komponen kedua dalam rumus D.U.I.T merupakan perkara yang penting jikalau mahu mencapai sesuatu perkara. Doa yang telah dilakukan harus diselit dengan USAHA bagi mencapai kejayaan.

USAHA yang diberikan akan menentukan pulangan yang akan dimiliki. Jika banyak USAHA yang dicurahkan, Insyaallah hasil yang diterima akan menjadi lumayan. Namun, jika USAHA yang ciput yang ditaburkan, usahlah kalian nak berangan setinggi awan. Kalau nak berangan setinggi pokok rambutan pun belum tentu dapat dicapai jika USAHA ciput yang ditaburkan !

Inginkan kejayaan tanpa USAHA diibaratkan seperti membaca buku dalam keadaan menutup mata. Hebat kan orang yang boleh membaca sambil menutup mata ? Hebat kan ? Kan ? Kan ? Tapi betulkah yang orang tersebut sedang membaca ? Ke orang tersebut sedang tidur sambil memegang buku ? Begitu jugalah orang yang ingin berjaya tapi tidak mahu berusaha ! Cakap sahaja nak berjaya tetapi perbuatan mereka tidak menterjemahkan keinginan mereke ! Mereka nampak kejayaan di depan mata mereka tapi telah memilih untuk tidur.

Mungkin ada yang akan kata..

“Weyh ! Aku dah berdoa pada Allah laaa... Allah kan maha kuasa ! DIA boleh buat apa-apa sahaja tau !!”

Tapi kan.... Adakah anda mengetahui bahawa Allah telah berfirman bahawa DIA tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga lah mereka ingin mengubah nasib mereka sendiri !

Sehubungan dengan itu, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa USAHA merupakan satu perkara yang sangat penting untuk berjaya !

“Aku takkan doakan kau berjaya kalau kau masih malas dan tak nak berusaha !”

"Umpama Sedang Ambil Hajat Anda"

Assalamualaikum..



No comments:

Post a Comment