Sunday, 5 October 2014

N.O.V.E.L (Bahagian 1)

Assalamualaikum..

Haaaaa !! mesti kalian fikir yang aku ni mat jiwang yang suka baca novel cinta bila nampak tajuk post kali ini kan ? kan ? kan ? 

Tapi sebenarnya tidak. Aku berada di sini kali ini untuk berkongsi sebuah sinopsis novel yang bertajuk "PAPA.. (Akhirnya Kau Tewas Jua !) yang dikarang oleh Deana Yusof. Novel ini merupakan novel untuk silibus pelajar tingkatan 4. Oleh itu, harap perkongsian diri ini dapat membantu sedikit sebanyak yeee....


Bab 1

Julia sedang berbual-bual dengan Mak Cik Noraini di dapur dan terlihat akan keintiman mama dan papanya di kebun kecil berhampiran dengan rumah mereka. Dia menyatakan perasaan kurang senangnya apabila melihatkan kemesraan mama dan papanya yang dirasakan berlebih-lebihan.

Bab 2

Hari itu, Ju pulang dari sekolah menaiki bas. Biasanya, dia pulang bersama-sama dengan mamanya yang juga guru di situ. Mamanya telah dijemput oleh papanya kerana kurang sihat dan dibawa ke hospital. Mama dan papanya pulang dari hospital dengan gembira. Ju sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa mamanya mengandung. Namun begitu, Mak Cik Noraini berasa bimbang kerana dia tahu bahawa mama pernah mengalami komplikasi sewaktu melahirkan Julia.

Bab 3

Julia terdengar perbualan mama dengan Mak Cik Noraini yang menyarankan mama supaya menggugurkan kandungannya. Mama bertegas tidak akan menggugurkan kandungannya tambahan pula papa sangat menginginkan anak lagi. Dia rela berkorban untuk papa yang dikasihinya. Petang itu, Julia mengajak papanya bermain tenis. Papanya menolak kerana penat. Julia mahu mengajak mamanya pula tetapi dilarang kerana mama sedang mengandung. Akhirnya, papanya mengalah dan bersetuju untuk menemani Julia bermain tenis. Di gelanggang tenis, ada seorang gadis menyapa papa. Papanya memperkenalkan gadis itu kepada Julia sebagai pelajarnya yang bernama Aisyah. Mereka minum bersama. Julia kurang senang serta bimbang papanya akan terpikat kepada pelajarnya itu.


Bab 4

Julia dimarahi oleh mamanya kerana lewat turun ke kereta. Dia memberitahu mamanya bahawa kelewatannya disebabkan rakannya meminjam nota geografinya. Pada masa yang sama, Cikgu suzie menumpang kereta mama ke bengkel kerana keretanya rosak. Dalam perjalanan, Cikgu Suzie menyatakan kebimbangannya terhadap kandungan mama akibat pengalaman kandungan mama yang terdahulu. Mama agak tersinggung. Mama memberitahu Cikgu Suzie bahawa dia amat menyayangi suaminya dan bersedia untuk menggembirakan dan berkorban demi suaminya.

Bab 5

Mama menyatakan kebimbangannya kepada papa seandainya pengalaman lalu berulang ketika dia melahirkan anak nanti. Papa menenangkan mama. Julia kurang senang melihat cara papanya. Julia bertanyakan kisah kelahirannya kepada Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini menyatakan bahawa saiznya hanya sebesar anak kucing, sering menangis, dan sukar dijaga kerana Julia tidak mahu minum susu formula ketika itu.

Bab 6

Di kolej, Aisyah sering berjumpa dengan papa. Selain itu, dia juga sering menumpang kereta papa untuk pulang ke rumahnya. Julia pernah menduga hati papanya agar berkahwin lagi. Papa memberitahu bahawa dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak mahu menduakan mama yang dikasihinya.

Ni belum habis lagi tau ! Nantikanlah sambungannya dalam post yang akan datang yeee...

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment