Friday, 10 October 2014

D.O.A

Assalamualaikum..

Adakah anda sudah dapat merungkai misteri D.U.I.T pada post yang lalu ? Atau adakah anda masih lagi keliru dan pening ?? Adakah anda sudah memahami maksud D.U.I.T ? Atau adakah anda masih memikirkan apa yang sebenarnya yang diri ini maksudkan ?? Dah tahu ke belum ? Dah ? Belum ??

Kalau dah tahu, tahniah diri ini ucapkan !

Kalau belum.. Rilek, Tenang dan Sabar !!

Jadi, untuk pengetahuan kalian, DOA merupakan salah satu daripada komponen D.U.I.T...

Jadi, persoalannya apa yang istimewa sangat dengan DOA ini ? Mengapakah kita harus berDOA ?? Apakah perkara yang DOA mampu lakukan ? Bagaimana kita nak berDOA ?? Dalam banyak-banyak perkara, kenapa DOA yang dilakukan apabila kita nak berjaya, nak kaya dan sebagainya ? Kenapa kita tak kerja sungguh-sungguh sahaja dari pagi sampai malam ?? Kenapa ??!! *menjerit macam orang sawan* ( hehe.. Saja je nak dramatik sikit ! )

Nak jawapan ? Boleh ! Tapi kena lah jawab soalan ini dahulu..

Siapakah yang bagi kita rezeki ? Siapakah yang benarkan kita hidup ? Siapakah yang memberi kita oksigen untuk disedut tiap-tiap hari ? Siapakah yang meminjamkan kita mata, hidung, mulut, telinga dan seluruh anggota badan ? Itu semua memang milik kita kah ? Siapakah yang memasukkan roh ke dalam jasad dan tubuh kita ? Siapakah yang membenarkan kita hidup sehingga hari ini ? Siapakah yang sentiasa memberi kita peluang untuk bertaubat (masa) ?

Tahu tak jawapan soalan-soalan itu ?

Sudah semestinya jawapannya ialah Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang !

Jadi, kalau Allah yang berkuasa menentukan takdir kita, kita patut minta dengan siapa lagi kalau nak berjaya selain daripada Allah ??

Ketahuilah wahai rakan-rakan bahawa sesungguhnya berDOA adalah cara untuk kita meminta kepada YANG MAMPU BUAT APA-APA SAHAJA ! Kalau dah boleh buat apa-apa sahaja, hajat yang kita DOAkan, lagi lah mudah untuk Allah kabulkan !

Allah telah berfirman “BerDOA lah padaKU, nescaya akanKU kabulkan !”

Tapi mungkin ada antara kalian yang akan berkata “sesungguhnya aku telah berDOA, namun hajat aku tidak dikabulkan pun !”

Untuk pernyataan tersebut, diri ini ada dua respon !

Pertama, kita patut muhasabah balik diri kita. Bagaimana Allah nak kabulkan hajat kita kalau kita bermain-main dan tidak serius ketika berDOA ? Bagaimana Allah nak kabulkan hajat kita kalau kita asyik melakukan perkara yang dilarang dan meninggalkan suruhanNYA ? Cuba bayangkan adakah ibu kita akan memberi duit jika kita minta duit daripadanya dan dalam masa yang sama kita membuat dia marah ? Boleh dapat ke ? Renung-renungkan lah !

Respon yang kedua pula ialah berkaitan jawapan daripada Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan pernah menjawab tidak sekiranya hambaNYA datang berDOA padaNYA.

Hanya 3 jawapan sahaja yang akan Allah berikan iaitu :

1) Ya.

2) Ya tapi bukan sekarang.

3) Aku ada rancangan yang lebih baik untuk kamu.

Jadi, tunggu apa lagi ini ? Jom kita berDOA !! Yang penting apabila kita berDOA, kita kena yakin ! Dan apabila hajat kita tidak dikabulkan, ingatlah jawapan-jawapan daripad Allah. Percayalah bahawa setiap perkara ada hikmahnya !

Faham ?? Bagus !!

Sebelum diri ini mengakhirkan kalam, ketahuilah bahawa....

“Doa adalah senjata bagi orang mukmin”

“Didengari Oleh Allah”


Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment