Assalamualaikum..
Kini tiba lah masa yang kalian nanti-nantikan.... Sambungan untuk cerita novel PAPA yang ditunggu akan disambung !!
Yeay !!!!! *Lompat kegembiraan*
Bab 19
Julia dan Rasylan bercerita tentang papa Julia. Rasylan mahu
Julia lebih bersikap rasional. Julia tidak dapat menumpukan perhatian pada
pelajaran selama beberapa hari. Rasylan memberitahu Julia bahawa ujian DNA yang
dilakukannya positif. Hal ini membuktikan bahawa dia anak Encik Muaz. Tetapi
Rasylan tidak boleh menerimanya. Hujung minggu berikutnya Julia tidak pulang ke
rumah. Telefonnya juga dimatikan. Dia masih tersinggung oleh sikap papanya.
Suatu hari, semasa hendak bertemu dengan Rasylan, papanya muncul dan membawanya
keluar untuk berterus terang kepada Julia tentang hasratnya hendak mencari
teman hidup yang baharu. Julia keras membantah. Papa menurut pendirian Julia.
Julia sedih melihat keadaan papanya. Akhirnya, dia memberi kebenaran kepada
papanya untuk berkahwin lain.
Bab 20
Encik Muaz memberitahu Rasylan bahawa dia lahir hasil
hubungannya dengan warga Indonesia yang bekerja sebagai pengemas bilik. Setelah
tujuh bulan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi jalan berhampiran dengan
longkang besar. Ibunya pulang ke Indonesia kerana malu. Julia dibawa oleh
bapanya bertemu dengan bakal ibu tirinya. Julia juga diminta papanya supaya
pulang pada hujung minggu itu bagi meraikan pernikahannya.
Bab 21
Julia demam panas dan dibawa ke hospital oleh papanya. Dia
bermimpi didatangi oleh seseorang yang mirip papanya. Dalam mimpinya, Julia
meluahkan isi hatinya bahawa dia tidak suka papanya berkahwin lagi kerana tidak
mahu kehilangan kasih sayang papanya. Setelah mendengar pendapat lelaki yang
mirip wajah papanya itu, akhirnya Julia sedar bahawa dia harus berkorban untuk
kebahagiaan orang yang dikasihinya. Setelah dia sedar daripada mimpinya, papa
dan Mak Cik Aisyah berada di sisinya.
Bab 22
Setelah berada di hospital selama tiga hari, Julia dibawa
pulang oleh papanya dan Mak Cik Aisyah. Selepas tamat cuti pertengahan
semester, Julia pulang ke asrama. Sepanjang bersama Mak cik Aisyah, Julia dapat
merasakan sifat penyayang yang ditunjukkan oleh Mak Cik Aisyah. Walau
bagaimanapun, Julia masih belum dapat menerima kehadiran Aisyah sepenuhnya.
Selepas peperiksaan semester tamat, Julia pulang ke rumah. Julia bercuti selama
enam minggu. Pada suatu hari, Julia terdengar perbualan antara papanya dengan
Mak Cik Aisyah yang tidak membenarkan Mak Cik Aisyah memasuki bilik mama tanpa
ditemani oleh papa. Julia memberitahu Mak Cik Noraini bahawa Mak Cik Aisyah
dimarahi oleh papa kerana bimbang Mak Cik Aisyah akan meracuni ibunya. Semasa
perbualan antara Julia dengan Mak Cik Noraini itu, tiba-tiba papa dan Mak Cik
Aisyah masuk. Julia terkesima lantas memohon maaf kepada Mak CIk Aisyah.
Bab 23
Julia belajar dalam semester ketiga. Julia bertengkar dengan
Rasylan berikutan sikap cemburunya apabila melihat Julia berbual-bual dengan
pelajar lelaki. Cuti pertengahan semester bermula lagi. Julia memilih untuk
pulang dengan menaiki bas bersama-sama dengan Rasylan. Rasylan mengambil
keputusan tidak akan memberitahu bapa angkatnya perihal dia menemui bapa
kandungnya. Dia juga tidak mahu menerima tawaran Encik Muaz sebagai bapanya.
Bab 24
Julia bercuti di rumahnya. Mak Cik Aisyah mengesan sikap
Julia yang mungkin bermasalah tentang teman lelaki. Rasylan menelefonnya untuk
mengajaknya keluar. Namun begitu, Julia menolak dengan alasan mahu menjaga
mamanya. Papa mencadangkan Julia bertukar ke universiti tempat bapanya bekerja
jika dia bermasalah, tetapi Julia menolak cadangan tersebut. Usai solat
berjemaah dengan papa dan mak ciknya, Julia dan papa ke bilik mama. Setelah
ditegur, mama mula membuka mata dan menggerakkan tangan dan jari-jarinya serta
mencuba untuk berkata-kata. Aisyah masuk ke bilik apabila mendengar papa
berbual dengan seseorang. Mama memerhatikan Aisyah yang sedang memegang bahu
papa. Papa memperkenalkan Aisyah sebagai isterinya dan menjelaskan sebab-sebab
dia mengahwini Aisyah. Apabila mendengar alasan papa, mama mendengus keras
serta melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya, dalam keadaan kecewa, mama
menghembuskan nafasnya yang terakhir dan buat pertama kalinya Julia melihat
papanya menangis .
Yeay !!! Dah habis baca sinopsis !!!! hehe..
Oleh itu, apakah komen anda berkaitan novel ini ? Seronok tak ? Membosankan ke ? Menarik tak ?
Apa-apa pun komen anda, jgn lupa ambil pengajaran tau daripada novel ini !
"Membaca itu seperti bermimpi dalam keadaan mata terbuka..."
"Nasihat Orang Versi Episod Lengkap"
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment