Friday, 3 October 2014

M.I.N.A.T

Assalamualaikum..

Kau tahu tak pasal cerita Naruto ? Kau pernah dengar tak pasal cerita Kamen Rider ? Kau pernah tengok tak cerita Power Rangers ? Kau pernah tak tonton cerita Detective Conan ? 

Tak pernah ?? Satu pun kau tak tahu langsung ?? Serius ?? 

Hmm... Kau hidup dalam gua ke ? Takkan lah satu pun tak tahu ? 

Hmm... Tapi tak boleh juga kalau hendak salahkan kau. Setiap orang mempunyai minat masing-masing kan ? kan ? kan ?

Kita tidak boleh beranggapan bahawa setiap orang mempunyai minat yang sama. Kita tidak boleh nak fikir bahawa setiap orang akan menghafal nama Kamen Rider yang wujud. Kita juga tidak boleh menyangka bahawa setiap orang mengetahui cara-cara Power Rangers berubah. 

Kita mungkin tahu bagaimana Naruto boleh mempunyai 'Jinchuuriki' ataupun musang berekor sembilan di dalam badannya tetapi kita tidak tahu Lionel Messi bermain untuk kelab bola yang mana pada musim ini. Kita mungkin tahu nama racun yang mampu memulihkan badan Conan menjadi badan remaja semula tetapi kita tidak tahu nama pasangan bergu Koo Kien Kiet.

Begitulah lumrah manusia....

Namun, persoalannya mengapakah kita sedang berbincang berkaitan minat ? Apa yang istimewa sangat pasal minat ini ? 

Tahu tak membuat sesuatu yang diminati boleh membuatkan sesuatu perkara menjadi lebih efektif ? Tahu tak dengan berkongsi minat yang sama, kita boleh menjadi lebih rapat dengan seseorang ? Tahu tak membuat kerja yang dikaitkan dengan minat kita akan menjadi kerja yang menyeronokkan ? 

Perkara ini aku ingin ketengahkan sebab aku teringat usrah yang aku buat dengan pelajar-pelajar asas 1 pagi tadi. Aku suruh mereka pilih cerita yang mereka minati dan kemudian cuba lihat cerita tersebut dengan menggunakan 'kaca mata tarbiyah' ! Aku suka perkataan tu !! Hehe..

Sebagai contoh, kita dapat lihat dalam cerita Kamen Rider Wizard terdapat satu Kamen Rider yang dipanggil Beast yang sentiasa berfikiran positif. Dia sentiasa beranggapan bahawa setiap kesusahan adalah peluang. Apabila kita fikirkan semula, sesungguhnya ungkapan tersebut adalah benar ! Hal ini kerana sesungguhnya setiap ujian ataupun dugaan yang diberikan oleh Allah merupakan satu peluang yang diberikan olehNYA untuk kita mendekatkan diri kepadaNYA. Oleh sebab itulah orang yang hebat diberi dugaan yang hebat !

Nampak tak bagaimana minat kita boleh membuahkan satu hasil yang menarik apabila kita memandangnya menggunakan 'kaca mata tarbiyah' ?? Stylo kan ? kan ? kan ? Hehe...

"Hanya dua perkara yang mampu menyatukan lelaki iaitu ketakutan dan minat"

"Menjadikan Ilmu Nampak Awesome Terlebih !"

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment