Wednesday, 1 October 2014

B.A.R.U

Assalamualaikum..

Bilakah hidup nak maju kalau asyik berada di zon selesa ? Bilakah hidup nak maju kalau asyik ulang perkara yang sama ? Bagaimanakah nak bergerak ke hadapan kalau tidak pernah mencuba mengangkat kaki untuk melangkah ? Bagaimanakah nak bergerak ke hadapan kalau diri tidak mempunyai keberanian ? Adakah diri akan membiarkan ketakutan menghalang diri daripada menjadi lebih baik ? Adakah diri akan membiarkan persekitaran menentukan hidup ini ? 

Sehubungan dengan itu, membuat blog adalah salah satu cara untuk memajukan diri. Blogger menuju wawasan 2020. 

Namun, sesetengah orang beranggapan bahawa menulis blog merupakan satu perbuatan yang tidak berfaedah, membuang masa, sia-sia dan sebagainya. Tapi, mengapakah diri ini masih mahu menjadi blogger ? Adakah diri ini sengaja ingin membuang masa dengan perkara sia-sia ?

*tarik nafas sekejap*

Wahai manusia yang mempunyai pemikiran sedemikian, ketahuilah bahawa membunuh boleh jadi zalim dan juga tidak. Ketahuilah juga bahawa belajar boleh jadi bagus dan juga tidak. Semuanya bergantung kepada sebab kita melakukannya. Sekiranya membunuh untuk duit, maka itu zalim. Namun, jika membunuh kerana mempertahankan diri daripada diserang tidak dianggap zalim. Begitu juga dengan belajar. Belajar ilmu fardhu kifayah seperti matematik itu bagus. Namun, jika ilmu sihir yang dipelajari, maka itu merupakan perbuatan yang salah !

Justeru itu, diri ini mempunyai beberapa niat apabila menjadi blogger...

Pertama, diri ini harap blog ini akan dapat membantu diri ini menjadi seorang penulis yang lebih bagus.

Kedua, diri ini harap blog ini sedikit sebanyak akan dapat membantu orang-orang di luar sana (walaupun diri ini tahu yang mungkin sukar untuk membuat blog ini terkenal) supaya dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik ! Insyaallah satu hari nanti blog ini akan dikenali ramai dan bermanfaat untuk semua orang !! 

Amin...

"Motivasi tidak bertahan lama. Begitu juga dengan mandi ! Oleh sebab itulah mandi itu disyorkan setiap hari..."

"Berani Adalah Rumus Utama"

Assalamualaikum...
                           

No comments:

Post a Comment