Assalamualaikum..
Letih menunggu ke sambungan cerita novel sebelum ini ? Penat ke ?
Jangan risau ! penantian anda tidak sia-sia...
Nikmatilah sambungan ini.......
Bab 13
Selepas SPM tamat, Rasylan berkunjung ke rumah Julia.
Perbualan antara Rasylan dengan papa Julia telah menyingkap kisah peribadi
Rasylan yang merupakan anak yatim dan diambil oleh Datuk Mustakim menjadi anak
angkat. Papa Julia menceritakan kisah Datuk Mustakim yang melanggar ibu bapanya
ketika pulang dari solat tarawih. Bapanya meninggal dunia manakala ibunya
lumpuh. Papa Julia berasa marah kerana Datuk Mustakim tidak berhenti selepas
kemalangan itu walaupun dia menanggung kos rawatan ibunya hinggalah ibunya
meninggal dunia. Rasylan mencadangkan agar bapanya bertemu dengan Datuk
Mustakim tetapi papa Julia enggan.
Bab 14
Ketika berjumpa dengan Julia di kedai buku, Rasylan
menyatakan kepada Julia bahawa papanya seorang yang sombong. Papa melarang
Julia berkawan rapat dengan Rasylan kerana tidak mengetahui asal-usul
keturunannya. Walaupun Julia cuba mempertahankan Rasylan, namun papanya tetap berkeras.
Julia sedih.
Bab 15
Sejak pertemuan dengan papa Julia, Julia dan Rasylan bertemu
secara sembunyi-sembunyi kerana tidak mahu diketahui oleh papa Julia. Julia dan
Rasylan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Semasa meraikan
kejayaan mereka, Julia ternampak ayahnya bersama-sama dengan seorang wanita
yang dikenalinya iaitu Aisyah di Starbucks Coffee. Setibanya di rumah, papanya
sudah mengetahui akan keputusan peperiksaannya. Julia bercadang hendak
melanjutkan pelajaran di matrikulasi UIA dalam bidang ekonomi.
Bab 16
Julia berjaya mendapat tempat di matrikulasi Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan tinggal di asrama. Rasylan juga berjaya
mendaftarkan diri di tempat yang sama iaitu di UIA. Hujung minggu itu Rasylan
menemani Julia ke kedai buku. Selepas membeli buku, mereka bercadang untuk
minum di Starbucks Coffee. Rasylan kurang senang akan sikap Julia yang suka
membuang duit di restoran mahal. Sekali lagi, Julia ternampak papanya
bersama-sama dengan Aisyah di restoran tersebut.
Bab 17
Pada cuti hujung minggu itu Julia pulang ke rumah. Julia
bermanja dengan papanya tetapi caranya bermesra itu ditegur oleh Mak Cik
Noraini memandangkan dia sudah dewasa. Julia memikirkan persoalan bapanya
dengan Aisyah. Papanya kelihatan agak kurus. Kini, masanya banyak dihabiskan
untuk menjaga mama. Hari minggu berikutnya Julia tidak pulang. Dia mahu
menyiapkan kerja kursus. Rasylan pula diminta oleh Encik Muaz al-Khalibi supaya
membuat ujian DNA. Semasa bersama-sama dengan Rasylan di sebuah restoran,
sekali lagi Julia ternampak papanya bersama-sama dengan Aisyah.
Bab 18
Minggu berikutnya Julia pulang ke rumah. Dia melangkah masuk
ke rumah secara senyap-senyap untuk mengejutkan Mak Cik Noraini. Dia terdengar
perbualan papanya dengan Mak Cik Noraini tentang pengganti mama. Selepas
berehat, dia menemui bapanya yang sedang membaca artikel tentang poligami.
Julia memberitahu papanya bahawa dia pernah melihat papanya bersama-sama dengan
Aisyah beberapa kali di restoran. Dia membantah niat papanya untuk berpoligami
kerana mama hidup lagi dan tidak mahu bapanya berlaku curang. Julia dimarahi
dan ditampar oleh papanya. Esoknya pagi-pagi lagi Julia pulang ke asrama tanpa
dihantar oleh papanya.
Seronok tak baca cerita ini ? Seronok tak ?
Tapi cerita ini tidak habis lagi kan ? kan ? kan ?
Jangan risau ! Sambungannya akan dapat dibaca pada post yang akan datang..
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment