Monday, 29 December 2014

T.A.W.A.K.A.L

Assalamualaikum..



Haaaa... Kita dah sampai dah dekat pengakhiran formula D.U.I.T..


Maaflah lambat habiskan cerita pasal D.U.I.T ni. Maklumlah apabila sifat malas menguasai diri, benda yang semudah ABC boleh menjadi susah seperti Matematik Tambahan. Oleh itu, kalian janganlah biarkan sifat malas menguasai diri kalian tau !

Baiklah. Sekarang kita teruskan dengan cerita TAWAKAL.

TAWAKAL ini apa pula ? 

Tahu tak ?

Pelbagai pendapat yang kita akan jumpa berkaitan maksud TAWAKAL ini.

Jikalau kita lihat wikipedia, ita akan dapati TAWAKAL itu berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud  berserah diri sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi atau menunggu hasil suatu pekerjaan, atau menanti akibat dari suatu keadaan.

Ada juga yang mentafsirkan TAWAKAL sebagai suatu kesedaran bahawa seluruh makhluk tidak mendatangkan sebarang mudarat atau manfaat kepadamu, tidak memberi atau mengambil sesuatu darimu, dan engkau tidak menggantungkan sebarang harapan kepada mereka.

Faham tak ? Tahu tak kenapa TAWAKAL ni penting ? 

Tak tahu ?? Hmm..

Tidak mengapa.. Kita boleh belajar !

Rilek, Tenang & Sabar yeee...

TAWAKAL ini banyak manfaatnya !

1. Mengelakkan diri daripada rasa putus asa.
2. Hilangkan rasa kecewa.
3. Melatih diri menerima ketentuan Allah.
4. Supaya kita lebih yakin dengan kuasa Allah.
5. Agar diri tidak berasa angkuh dan sombong.
6. Terlepas daripada perasaan resah dan gelisah.
7. Disayangi oleh Allah dan Rasul.

Sehubungan dengan itu, kita haruslah sentiasa mengamalkan sifat TAWAKAL ini.

TAPI !!!!!

Kita hendaklah berTAWAKAL setelah kita Doa, Usaha dan Istiqamah ! Janganlah pula tidak berbuat apa-apa dengan alasan hendak TAWAKAL yeeee...

"Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal”

"Terimalah Apa2 Walau Allah Kurangkan Atau Lebihkan"

Assalamualaikum..


Saturday, 27 December 2014

I.S.T.I.Q.A.M.A.H

Assalamualaikum..

Biasa dengar tak perkataan ISTIQAMAH ? Tahu tak apa tu ISTIQAMAH ? ISIQAMAH tu makanan ke ? ISTIQAMAH tu nama tempat ke ? ISTIQAMAH tu nama orang ke ? ISTIQAMAH tu apakah ?

ISTIQAMAH ni berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud melakukan sesuatu secara berterusan atau dalam bahasa mudah konsisten.

Kita kan dah usaha dalam post sebelum ini, kenapa nak ISTIQAMAH pula ? Kenapa ISTIQAMAH ni penting ? Apa yang jadi kalau kita amalkan ISTIQAMAH ni ? Apa akibat kalau tidak melakukan ISTIQAMAH ? 

Hmm.. Rajin tak belajar Bahasa Melayu ? Pernah belajar tak pasal peribahasa yang ada dalam Bahasa Melayu ?

"Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.."

Pernah dengar pasal tu ?

Hmm.. Rajin tak mengenali tokoh-tokoh di dunia ini ? Pernah dengar tak kata-kata yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh terdahulu ?

"Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.."

Pernah dengar tak kata-kata itu ? 

ISTIQAMAH ni mampu membuahkan hasil yang besar kepada satu usaha yang kecil. ISTIQAMAH mampu memandu kita ke arah mencapai segala perkara yang kita hajati. 

Kalau ISTIQAMAH ni mampu bagi hasil yang besar walaupun dengan usaha yang kecil, kenapa ISTIQAMAH ni tak selalu diamalkan ? Mesti semua orang nak cara yang mudah kan ?

Tapi ketahuilah bahawa ISTIQAMAH ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diamalkan. Disiplin yang tinggi diperlukan untuk mengamalkannya. Kita perlu melatih diri kita untuk mengamalkan ISTIQAMAH.

Walaupun sukar untuk mengamalkan ISTIQAMAH, tapi percayalah bahawa kejayaan yang kalian akan capai akan membuatkan kalian lupa akan segala penat lelah yang dilalui.

Sehubungan dengan itu, buatlah sesuatu secara ISTIQAMAH untuk mencapai sesuatu perkara !

"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, 
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.."

"Ikutlah Segala Isi Titah Quran Agar Mudah Ambil Hajat"

Assalamualaikum..