Saturday, 11 October 2014

U.S.A.H.A

Assalamualaikum..

Perbualan antara angkasawan negara dan seorang pelajar :

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..”

“Dato’, saya nak tanya sikit..”

“Janganlah panggil saya Dato’, rasa macam tua pula ! Panggil je Dr..”

“Baiklah. Dr, saya nak tanya sikit..”

“Silakan..”

“Apakah cara yang paling mudah untuk menjadi angkasawan ?”

“Hahaha... Adik.... Sesungguhnya tidak ada jalan mudah untuk berjaya !”

Dapat tak isi daripada cerita tersebut ? Faham tak apa yang nak disampaikan itu ? Ingat mudah ke nak berjaya ? Ingat senang ke nak jadi kaya ? Adakah anda berfikiran bahawa nak mencapai cita-cita itu semudah membaca A,B,C ? Adakah anda beranggapan bahawa nak jadi orang yang berpengaruh senang seperti mengira 1,2,3 ?

Oleh itu, USAHA iaitu komponen kedua dalam rumus D.U.I.T merupakan perkara yang penting jikalau mahu mencapai sesuatu perkara. Doa yang telah dilakukan harus diselit dengan USAHA bagi mencapai kejayaan.

USAHA yang diberikan akan menentukan pulangan yang akan dimiliki. Jika banyak USAHA yang dicurahkan, Insyaallah hasil yang diterima akan menjadi lumayan. Namun, jika USAHA yang ciput yang ditaburkan, usahlah kalian nak berangan setinggi awan. Kalau nak berangan setinggi pokok rambutan pun belum tentu dapat dicapai jika USAHA ciput yang ditaburkan !

Inginkan kejayaan tanpa USAHA diibaratkan seperti membaca buku dalam keadaan menutup mata. Hebat kan orang yang boleh membaca sambil menutup mata ? Hebat kan ? Kan ? Kan ? Tapi betulkah yang orang tersebut sedang membaca ? Ke orang tersebut sedang tidur sambil memegang buku ? Begitu jugalah orang yang ingin berjaya tapi tidak mahu berusaha ! Cakap sahaja nak berjaya tetapi perbuatan mereka tidak menterjemahkan keinginan mereke ! Mereka nampak kejayaan di depan mata mereka tapi telah memilih untuk tidur.

Mungkin ada yang akan kata..

“Weyh ! Aku dah berdoa pada Allah laaa... Allah kan maha kuasa ! DIA boleh buat apa-apa sahaja tau !!”

Tapi kan.... Adakah anda mengetahui bahawa Allah telah berfirman bahawa DIA tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga lah mereka ingin mengubah nasib mereka sendiri !

Sehubungan dengan itu, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa USAHA merupakan satu perkara yang sangat penting untuk berjaya !

“Aku takkan doakan kau berjaya kalau kau masih malas dan tak nak berusaha !”

"Umpama Sedang Ambil Hajat Anda"

Assalamualaikum..



Friday, 10 October 2014

D.O.A

Assalamualaikum..

Adakah anda sudah dapat merungkai misteri D.U.I.T pada post yang lalu ? Atau adakah anda masih lagi keliru dan pening ?? Adakah anda sudah memahami maksud D.U.I.T ? Atau adakah anda masih memikirkan apa yang sebenarnya yang diri ini maksudkan ?? Dah tahu ke belum ? Dah ? Belum ??

Kalau dah tahu, tahniah diri ini ucapkan !

Kalau belum.. Rilek, Tenang dan Sabar !!

Jadi, untuk pengetahuan kalian, DOA merupakan salah satu daripada komponen D.U.I.T...

Jadi, persoalannya apa yang istimewa sangat dengan DOA ini ? Mengapakah kita harus berDOA ?? Apakah perkara yang DOA mampu lakukan ? Bagaimana kita nak berDOA ?? Dalam banyak-banyak perkara, kenapa DOA yang dilakukan apabila kita nak berjaya, nak kaya dan sebagainya ? Kenapa kita tak kerja sungguh-sungguh sahaja dari pagi sampai malam ?? Kenapa ??!! *menjerit macam orang sawan* ( hehe.. Saja je nak dramatik sikit ! )

Nak jawapan ? Boleh ! Tapi kena lah jawab soalan ini dahulu..

Siapakah yang bagi kita rezeki ? Siapakah yang benarkan kita hidup ? Siapakah yang memberi kita oksigen untuk disedut tiap-tiap hari ? Siapakah yang meminjamkan kita mata, hidung, mulut, telinga dan seluruh anggota badan ? Itu semua memang milik kita kah ? Siapakah yang memasukkan roh ke dalam jasad dan tubuh kita ? Siapakah yang membenarkan kita hidup sehingga hari ini ? Siapakah yang sentiasa memberi kita peluang untuk bertaubat (masa) ?

Tahu tak jawapan soalan-soalan itu ?

Sudah semestinya jawapannya ialah Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang !

Jadi, kalau Allah yang berkuasa menentukan takdir kita, kita patut minta dengan siapa lagi kalau nak berjaya selain daripada Allah ??

Ketahuilah wahai rakan-rakan bahawa sesungguhnya berDOA adalah cara untuk kita meminta kepada YANG MAMPU BUAT APA-APA SAHAJA ! Kalau dah boleh buat apa-apa sahaja, hajat yang kita DOAkan, lagi lah mudah untuk Allah kabulkan !

Allah telah berfirman “BerDOA lah padaKU, nescaya akanKU kabulkan !”

Tapi mungkin ada antara kalian yang akan berkata “sesungguhnya aku telah berDOA, namun hajat aku tidak dikabulkan pun !”

Untuk pernyataan tersebut, diri ini ada dua respon !

Pertama, kita patut muhasabah balik diri kita. Bagaimana Allah nak kabulkan hajat kita kalau kita bermain-main dan tidak serius ketika berDOA ? Bagaimana Allah nak kabulkan hajat kita kalau kita asyik melakukan perkara yang dilarang dan meninggalkan suruhanNYA ? Cuba bayangkan adakah ibu kita akan memberi duit jika kita minta duit daripadanya dan dalam masa yang sama kita membuat dia marah ? Boleh dapat ke ? Renung-renungkan lah !

Respon yang kedua pula ialah berkaitan jawapan daripada Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan pernah menjawab tidak sekiranya hambaNYA datang berDOA padaNYA.

Hanya 3 jawapan sahaja yang akan Allah berikan iaitu :

1) Ya.

2) Ya tapi bukan sekarang.

3) Aku ada rancangan yang lebih baik untuk kamu.

Jadi, tunggu apa lagi ini ? Jom kita berDOA !! Yang penting apabila kita berDOA, kita kena yakin ! Dan apabila hajat kita tidak dikabulkan, ingatlah jawapan-jawapan daripad Allah. Percayalah bahawa setiap perkara ada hikmahnya !

Faham ?? Bagus !!

Sebelum diri ini mengakhirkan kalam, ketahuilah bahawa....

“Doa adalah senjata bagi orang mukmin”

“Didengari Oleh Allah”


Assalamualaikum..

Thursday, 9 October 2014

D.U.I.T

Assalamualaikum..

Setiap orang mesti ada hajat yang ingin dikabulkan kan ? Setiap orang mesti ada impian yang ingin dicapai kan ? Setiap orang mesti ada cita-cita yang ingin dikejar kan ? Setiap orang mesti ada tujuan mereka melakukan sesuatu perkara kan ?

Ada yang ingin jadi doktor kan ? Ada yang ingin jadi jurutera kan ? Ada yang ingin jadi cikgu kan ? Ada yang ingin jadi arkitek kan ? Ada yang ingin jadi peguam kan ? Ada yang ingin jadi saintis kan ? Ada yang ingin jadi sasterawan kan ? Ada yang ingin jadi angkasawan kan ? Ada yang ingin jadi olahragawan kan ? Ada juga yang mungkin nak jadi artis seperti pelakon dan penyanyi kan ? kan ? kan ?

Tidak kisah lah apa-apa perkara atau cita-cita yang ingin kita kejar, yang penting kita berusaha 
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut !

Hajat kita tidak mungkin akan dikabulkan sekiranya kita hanya menunggu di atas katil 24 jam. Hajat kita tidak mungkin akan dikabulkan sekiranya kita hanya makan dan tidur sepanjang hari. Hajat kita tidak mungkin akan dikabulkan sekiranya masa dihabiskan hanya untuk permainan video. Hajat kita tidak mungkin akan dikabulkan sekiranya kita tidak melakukan apa-apa !

Cuba fikir sebentar..

Boleh ke nak dapat keputusan exam yang cemerlang kalau asyik tengok TV sahaja ? Boleh ke nak naik pangkat kalau asyik tidur di tempat kerja ? Boleh ke nak DUIT banyak-banyak kalau diri asyik malas ? Boleh ke haaa ?? Boleh ??

Tidak boleh kan ? kan ? kan ?

Oleh itu, sekarang ni bagaimanakah kita nak dapat DUIT banyak-banyak ni ? Macam mana ??

Jawapannya ialah DUIT !!!

Memeningkan kan ? kan ? kan ? hehe..

Tapi kalau kalian renung-renungkan dan cuba fahamkan betul-betul, kalian akan dapat jawapannya dan jawapan tersebut akan dikupas atau diterangkan lebih lanjut dalam post yang akan datang yeee...

Rilek, Tenang dan Sabar tau !

“Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah....”

“Doa. Usaha. Istiqamah. Tawakkal.”


Assalamualaikum..

Wednesday, 8 October 2014

N.O.V.E.L (Bahagian 4)

Assalamualaikum..

Kini tiba lah masa yang kalian nanti-nantikan.... Sambungan untuk cerita novel PAPA yang ditunggu akan disambung !! 

Yeay !!!!! *Lompat kegembiraan*

Bab 19

Julia dan Rasylan bercerita tentang papa Julia. Rasylan mahu Julia lebih bersikap rasional. Julia tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran selama beberapa hari. Rasylan memberitahu Julia bahawa ujian DNA yang dilakukannya positif. Hal ini membuktikan bahawa dia anak Encik Muaz. Tetapi Rasylan tidak boleh menerimanya. Hujung minggu berikutnya Julia tidak pulang ke rumah. Telefonnya juga dimatikan. Dia masih tersinggung oleh sikap papanya. Suatu hari, semasa hendak bertemu dengan Rasylan, papanya muncul dan membawanya keluar untuk berterus terang kepada Julia tentang hasratnya hendak mencari teman hidup yang baharu. Julia keras membantah. Papa menurut pendirian Julia. Julia sedih melihat keadaan papanya. Akhirnya, dia memberi kebenaran kepada papanya untuk berkahwin lain.

Bab 20

Encik Muaz memberitahu Rasylan bahawa dia lahir hasil hubungannya dengan warga Indonesia yang bekerja sebagai pengemas bilik. Setelah tujuh bulan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi jalan berhampiran dengan longkang besar. Ibunya pulang ke Indonesia kerana malu. Julia dibawa oleh bapanya bertemu dengan bakal ibu tirinya. Julia juga diminta papanya supaya pulang pada hujung minggu itu bagi meraikan pernikahannya.

Bab 21

Julia demam panas dan dibawa ke hospital oleh papanya. Dia bermimpi didatangi oleh seseorang yang mirip papanya. Dalam mimpinya, Julia meluahkan isi hatinya bahawa dia tidak suka papanya berkahwin lagi kerana tidak mahu kehilangan kasih sayang papanya. Setelah mendengar pendapat lelaki yang mirip wajah papanya itu, akhirnya Julia sedar bahawa dia harus berkorban untuk kebahagiaan orang yang dikasihinya. Setelah dia sedar daripada mimpinya, papa dan Mak Cik Aisyah berada di sisinya.

Bab 22

Setelah berada di hospital selama tiga hari, Julia dibawa pulang oleh papanya dan Mak Cik Aisyah. Selepas tamat cuti pertengahan semester, Julia pulang ke asrama. Sepanjang bersama Mak cik Aisyah, Julia dapat merasakan sifat penyayang yang ditunjukkan oleh Mak Cik Aisyah. Walau bagaimanapun, Julia masih belum dapat menerima kehadiran Aisyah sepenuhnya. Selepas peperiksaan semester tamat, Julia pulang ke rumah. Julia bercuti selama enam minggu. Pada suatu hari, Julia terdengar perbualan antara papanya dengan Mak Cik Aisyah yang tidak membenarkan Mak Cik Aisyah memasuki bilik mama tanpa ditemani oleh papa. Julia memberitahu Mak Cik Noraini bahawa Mak Cik Aisyah dimarahi oleh papa kerana bimbang Mak Cik Aisyah akan meracuni ibunya. Semasa perbualan antara Julia dengan Mak Cik Noraini itu, tiba-tiba papa dan Mak Cik Aisyah masuk. Julia terkesima lantas memohon maaf kepada Mak CIk Aisyah.

Bab 23

Julia belajar dalam semester ketiga. Julia bertengkar dengan Rasylan berikutan sikap cemburunya apabila melihat Julia berbual-bual dengan pelajar lelaki. Cuti pertengahan semester bermula lagi. Julia memilih untuk pulang dengan menaiki bas bersama-sama dengan Rasylan. Rasylan mengambil keputusan tidak akan memberitahu bapa angkatnya perihal dia menemui bapa kandungnya. Dia juga tidak mahu menerima tawaran Encik Muaz sebagai bapanya.

Bab 24


Julia bercuti di rumahnya. Mak Cik Aisyah mengesan sikap Julia yang mungkin bermasalah tentang teman lelaki. Rasylan menelefonnya untuk mengajaknya keluar. Namun begitu, Julia menolak dengan alasan mahu menjaga mamanya. Papa mencadangkan Julia bertukar ke universiti tempat bapanya bekerja jika dia bermasalah, tetapi Julia menolak cadangan tersebut. Usai solat berjemaah dengan papa dan mak ciknya, Julia dan papa ke bilik mama. Setelah ditegur, mama mula membuka mata dan menggerakkan tangan dan jari-jarinya serta mencuba untuk berkata-kata. Aisyah masuk ke bilik apabila mendengar papa berbual dengan seseorang. Mama memerhatikan Aisyah yang sedang memegang bahu papa. Papa memperkenalkan Aisyah sebagai isterinya dan menjelaskan sebab-sebab dia mengahwini Aisyah. Apabila mendengar alasan papa, mama mendengus keras serta melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya, dalam keadaan kecewa, mama menghembuskan nafasnya yang terakhir dan buat pertama kalinya Julia melihat papanya menangis .

Yeay !!! Dah habis baca sinopsis !!!! hehe..

Oleh itu, apakah komen anda berkaitan novel ini ? Seronok tak ? Membosankan ke ? Menarik tak ?

Apa-apa pun komen anda, jgn lupa ambil pengajaran tau daripada novel ini !

"Membaca itu seperti bermimpi dalam keadaan mata terbuka..."

"Nasihat Orang Versi Episod Lengkap"

Assalamualaikum..

Tuesday, 7 October 2014

N.O.V.E.L (Bahagian 3)

Assalamualaikum..

Letih menunggu ke sambungan cerita novel sebelum ini ? Penat ke ?

Jangan risau ! penantian anda tidak sia-sia...

Nikmatilah sambungan ini.......


Bab 13

Selepas SPM tamat, Rasylan berkunjung ke rumah Julia. Perbualan antara Rasylan dengan papa Julia telah menyingkap kisah peribadi Rasylan yang merupakan anak yatim dan diambil oleh Datuk Mustakim menjadi anak angkat. Papa Julia menceritakan kisah Datuk Mustakim yang melanggar ibu bapanya ketika pulang dari solat tarawih. Bapanya meninggal dunia manakala ibunya lumpuh. Papa Julia berasa marah kerana Datuk Mustakim tidak berhenti selepas kemalangan itu walaupun dia menanggung kos rawatan ibunya hinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan agar bapanya bertemu dengan Datuk Mustakim tetapi papa Julia enggan.

Bab 14

Ketika berjumpa dengan Julia di kedai buku, Rasylan menyatakan kepada Julia bahawa papanya seorang yang sombong. Papa melarang Julia berkawan rapat dengan Rasylan kerana tidak mengetahui asal-usul keturunannya. Walaupun Julia cuba mempertahankan Rasylan, namun papanya tetap berkeras. Julia sedih.

Bab 15

Sejak pertemuan dengan papa Julia, Julia dan Rasylan bertemu secara sembunyi-sembunyi kerana tidak mahu diketahui oleh papa Julia. Julia dan Rasylan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Semasa meraikan kejayaan mereka, Julia ternampak ayahnya bersama-sama dengan seorang wanita yang dikenalinya iaitu Aisyah di Starbucks Coffee. Setibanya di rumah, papanya sudah mengetahui akan keputusan peperiksaannya. Julia bercadang hendak melanjutkan pelajaran di matrikulasi UIA dalam bidang ekonomi.

Bab 16

Julia berjaya mendapat tempat di matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan tinggal di asrama. Rasylan juga berjaya mendaftarkan diri di tempat yang sama iaitu di UIA. Hujung minggu itu Rasylan menemani Julia ke kedai buku. Selepas membeli buku, mereka bercadang untuk minum di Starbucks Coffee. Rasylan kurang senang akan sikap Julia yang suka membuang duit di restoran mahal. Sekali lagi, Julia ternampak papanya bersama-sama dengan Aisyah di restoran tersebut.

Bab 17

Pada cuti hujung minggu itu Julia pulang ke rumah. Julia bermanja dengan papanya tetapi caranya bermesra itu ditegur oleh Mak Cik Noraini memandangkan dia sudah dewasa. Julia memikirkan persoalan bapanya dengan Aisyah. Papanya kelihatan agak kurus. Kini, masanya banyak dihabiskan untuk menjaga mama. Hari minggu berikutnya Julia tidak pulang. Dia mahu menyiapkan kerja kursus. Rasylan pula diminta oleh Encik Muaz al-Khalibi supaya membuat ujian DNA. Semasa bersama-sama dengan Rasylan di sebuah restoran, sekali lagi Julia ternampak papanya bersama-sama dengan Aisyah.

Bab 18

Minggu berikutnya Julia pulang ke rumah. Dia melangkah masuk ke rumah secara senyap-senyap untuk mengejutkan Mak Cik Noraini. Dia terdengar perbualan papanya dengan Mak Cik Noraini tentang pengganti mama. Selepas berehat, dia menemui bapanya yang sedang membaca artikel tentang poligami. Julia memberitahu papanya bahawa dia pernah melihat papanya bersama-sama dengan Aisyah beberapa kali di restoran. Dia membantah niat papanya untuk berpoligami kerana mama hidup lagi dan tidak mahu bapanya berlaku curang. Julia dimarahi dan ditampar oleh papanya. Esoknya pagi-pagi lagi Julia pulang ke asrama tanpa dihantar oleh papanya.


Seronok tak baca cerita ini ? Seronok tak ? 

Tapi cerita ini tidak habis lagi kan ? kan ? kan ?

Jangan risau ! Sambungannya akan dapat dibaca pada post yang akan datang..

Assalamualaikum..

Monday, 6 October 2014

N.O.V.E.L (Bahagian 2)

Assalamualaikum..

Pasti kalian sedang tertunggu-tunggu sambungan sinopsis novel hari itu kan ? kan ? kan ? 

Tidak sia-sia kalian menunggu kerana sambungannya ada pada post hari ini....

Bab 7

Julia telah masuk ke Tingkatan Lima. Saat mama untuk melahirkan anak pula semakin hampir. Doktor telah memberitahu bahawa mama mengandungkan anak kembar. Papa sangat gembira. Dia telah membeli dua buah katil serta kelengkapan bayi. Mak Cik Noraini menegur perbuatan papa tetapi tidak diendahkan oleh papa. Sewaktu mama mahu melahirkan, Julia dikejutkan oleh papa supaya membantunya untuk membawa mama ke hospital. Papa membawa mama ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Papa lebih yakin untuk membawa mama ke situ berbanding dengan hospital swasta walaupun jaraknya agak jauh. Ketika disorong ke bilik bersalin, mama meminta ampun daripada papa.

Bab 8

Julia, papanya, dan Mak Cik Noraini menanti di luar bilik bersalin. Mama mengalami komplikasi dan memerlukan pembedahan. Selepas pembedahan, doktor menemui papa dan memberitahu mama telah melahirkan anak kembar siam tetapi kedua-duanya telah meninggal dunia sebelum dilahirkan. Doktor juga memberitahu papa bahawa mama koma kerana terlalu lemah dan kehilangan banyak darah. Papa menamakan adik Julia dengan nama Ahmad dan Muhammad. Jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran dengan rumah mereka. Papa kesal kerana keinginannya untuk mendapatkan anak lagi telah menyebabkan hal ini berlaku.

Bab 9

Selepas kelahiran itu, mama koma dan dirawat di hospital. Sejak itu, Julia pulang dari sekolah dengan papanya. Di kelasnya ada seorang pelajar baharu bernama Rasylan. Daripada reaksi yang ditunjukkan, Julia tahu bahawa Rasylan menyukainya. Suatu petang, Rasylan menyatakan bahawa dia ingin mengajak Julia ke perpustakaan. Namun begitu, Julia menolak kerana dia terpaksa mengikut papanya ke hospital.

Bab 10

Julia dan papanya melawat mama di hospital. Cikgu Suzie turut serta. Mama masih di wad ICU. Sewaktu di rumah, Julia melihat album perkahwinan mama dan papanya. Dalam album tersebut terselit surat papa yang menyatakan kasih sayang dan penghargaannya kepada mama. Dalam bab ini juga dinyatakan kisah Mak Cik Noraini yang juga sepupu papa Julia. Suami serta dua orang anaknya meninggal dalam kemalangan manakala Mak Cik Noraini terselamat. Sejak itu, papa Julia membawa Mak Cik Noraini tinggal bersama-sama dengan mereka. Kelahiran Julia telah mengubat duka Mak Cik Noraini apabila dia menjadi pengasuh Julia.

Bab 11

Suatu hari Mak Cik Noraini mencadangkan agar papa Julia berkahwin lagi. Papa Julia membantah kerana sukar untuk mencari isteri seperti Intan Maliana. Julia meminta izin daripada papanya untuk ke rumah Rasylan selepas habis SPM. Papanya tidak mengizinkan dengan alasan seorang perempuan tidak sesuai mendahului pergi ke rumah lelaki. Namun begitu, papanya tidak melarang Julia berkawan dengan Rasylan asalkan Julia pandai menjaga diri.

Bab 12

Mama Julia dibawa pulang ke rumah atas permintaan papa. Semua kelengkapan untuk mama disediakan oleh papa. Aisyah datang untuk mengambil Julia bermain tenis. Pada mulanya Julia menolak ajakan Aisyah kerana ingin menjaga mama di rumah, tetapi papanya mendesak agar Julia pergi kerana telah berjanji. Selepas bermain tenis, Aisyah mengajak Julia ke rumahnya. Sekembalinya Julia ke rumah, dia dimarahi oleh papanya kerana pulang lewat.

Cerita kali ini pun nampak macam masih tergantung kan ? kan ? kan ? Jangan risau ! Cerita ini masih belum tamat lagi.. Sambungannya akan disambung pada post yang akan datang. 

Selamat menunggu !

Assalamualaikum..

Sunday, 5 October 2014

N.O.V.E.L (Bahagian 1)

Assalamualaikum..

Haaaaa !! mesti kalian fikir yang aku ni mat jiwang yang suka baca novel cinta bila nampak tajuk post kali ini kan ? kan ? kan ? 

Tapi sebenarnya tidak. Aku berada di sini kali ini untuk berkongsi sebuah sinopsis novel yang bertajuk "PAPA.. (Akhirnya Kau Tewas Jua !) yang dikarang oleh Deana Yusof. Novel ini merupakan novel untuk silibus pelajar tingkatan 4. Oleh itu, harap perkongsian diri ini dapat membantu sedikit sebanyak yeee....


Bab 1

Julia sedang berbual-bual dengan Mak Cik Noraini di dapur dan terlihat akan keintiman mama dan papanya di kebun kecil berhampiran dengan rumah mereka. Dia menyatakan perasaan kurang senangnya apabila melihatkan kemesraan mama dan papanya yang dirasakan berlebih-lebihan.

Bab 2

Hari itu, Ju pulang dari sekolah menaiki bas. Biasanya, dia pulang bersama-sama dengan mamanya yang juga guru di situ. Mamanya telah dijemput oleh papanya kerana kurang sihat dan dibawa ke hospital. Mama dan papanya pulang dari hospital dengan gembira. Ju sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa mamanya mengandung. Namun begitu, Mak Cik Noraini berasa bimbang kerana dia tahu bahawa mama pernah mengalami komplikasi sewaktu melahirkan Julia.

Bab 3

Julia terdengar perbualan mama dengan Mak Cik Noraini yang menyarankan mama supaya menggugurkan kandungannya. Mama bertegas tidak akan menggugurkan kandungannya tambahan pula papa sangat menginginkan anak lagi. Dia rela berkorban untuk papa yang dikasihinya. Petang itu, Julia mengajak papanya bermain tenis. Papanya menolak kerana penat. Julia mahu mengajak mamanya pula tetapi dilarang kerana mama sedang mengandung. Akhirnya, papanya mengalah dan bersetuju untuk menemani Julia bermain tenis. Di gelanggang tenis, ada seorang gadis menyapa papa. Papanya memperkenalkan gadis itu kepada Julia sebagai pelajarnya yang bernama Aisyah. Mereka minum bersama. Julia kurang senang serta bimbang papanya akan terpikat kepada pelajarnya itu.


Bab 4

Julia dimarahi oleh mamanya kerana lewat turun ke kereta. Dia memberitahu mamanya bahawa kelewatannya disebabkan rakannya meminjam nota geografinya. Pada masa yang sama, Cikgu suzie menumpang kereta mama ke bengkel kerana keretanya rosak. Dalam perjalanan, Cikgu Suzie menyatakan kebimbangannya terhadap kandungan mama akibat pengalaman kandungan mama yang terdahulu. Mama agak tersinggung. Mama memberitahu Cikgu Suzie bahawa dia amat menyayangi suaminya dan bersedia untuk menggembirakan dan berkorban demi suaminya.

Bab 5

Mama menyatakan kebimbangannya kepada papa seandainya pengalaman lalu berulang ketika dia melahirkan anak nanti. Papa menenangkan mama. Julia kurang senang melihat cara papanya. Julia bertanyakan kisah kelahirannya kepada Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini menyatakan bahawa saiznya hanya sebesar anak kucing, sering menangis, dan sukar dijaga kerana Julia tidak mahu minum susu formula ketika itu.

Bab 6

Di kolej, Aisyah sering berjumpa dengan papa. Selain itu, dia juga sering menumpang kereta papa untuk pulang ke rumahnya. Julia pernah menduga hati papanya agar berkahwin lagi. Papa memberitahu bahawa dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak mahu menduakan mama yang dikasihinya.

Ni belum habis lagi tau ! Nantikanlah sambungannya dalam post yang akan datang yeee...

Assalamualaikum..

Saturday, 4 October 2014

M.A.K.A.N

Assalamualaikum..

Tahu tak bagaimana nak masak Ayam Masak Merah ? Tak tahu kan ? Tahu tak bagaimana nak buat kek yang berwarna pelangi tu ? Tak tahu kan ? Tahu tak bagaimana nak menyediakan Nasi Goreng United States of America atau dikenali sebagai Nasi Goreng USA ? Tak tahu kan ? kan ? kan ?

Aku dah agak dah ! Tapi makan benda-benda itu tahu pula kan ? Hehe.. Normal lah itu !

Tapi mengapakah makanan merupakan tajuk yang dibawa pada hari ini ? Mengapakah tidak bawa tajuk berkaitan tidur ? Ataupun mengapakah menonton televisyen tidak menjadi tajuk yang diketengahkan ? Mengapakah tajuk hari ini bukan berkaitan bantal atau katil ? Kenapa makan yang menjadi tajuk pada hari ini ?

Nak tahu tak kenapa makan ?

Jawapannya adalah kerana aku suka makan ! Hahaha xD

Selera makan ataupun dikenali sebagai nafsu makan akan meningkat apabila diri berada di rumah. Perkara ini merupakan perkara yang normal kerana sesungguhnya masakan ibu dikatakan merupakan masakan yang paling sedap di dunia ini. Jadi tidak hairan lah apabila selera makan kita meningkat secara mendadak apabila diri berada di rumah.

Tidak sempat hendak menghabiskan Nasi Ayam yang disediakan, ibu sudah pun menyediakan kek lapis yang dibuat olehnya. Ketika perut sudah penuh, namun apabila melihat pula buah-buahan segar yang dikeluarkan oleh ibu daripada peti sejuk, ruang kosong sentiasa wujud !

Begitulah senario yang selalu wujud ketika diri berada di rumah. 

Tidak mengapa... Itu perkara normal apabila diri yang jarang makan masakan ibu kerana pergi merantau pulang ke pangkuan ibu.

Tapi kan.........

Kena ingat sesuatu tau ! 

"Tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetanggamu menangis kerana kelaparan.."

"Mempercayai Apa-apa KurniaanNYA Ada Natijahnya"

Assalamualaikum..

Friday, 3 October 2014

M.I.N.A.T

Assalamualaikum..

Kau tahu tak pasal cerita Naruto ? Kau pernah dengar tak pasal cerita Kamen Rider ? Kau pernah tengok tak cerita Power Rangers ? Kau pernah tak tonton cerita Detective Conan ? 

Tak pernah ?? Satu pun kau tak tahu langsung ?? Serius ?? 

Hmm... Kau hidup dalam gua ke ? Takkan lah satu pun tak tahu ? 

Hmm... Tapi tak boleh juga kalau hendak salahkan kau. Setiap orang mempunyai minat masing-masing kan ? kan ? kan ?

Kita tidak boleh beranggapan bahawa setiap orang mempunyai minat yang sama. Kita tidak boleh nak fikir bahawa setiap orang akan menghafal nama Kamen Rider yang wujud. Kita juga tidak boleh menyangka bahawa setiap orang mengetahui cara-cara Power Rangers berubah. 

Kita mungkin tahu bagaimana Naruto boleh mempunyai 'Jinchuuriki' ataupun musang berekor sembilan di dalam badannya tetapi kita tidak tahu Lionel Messi bermain untuk kelab bola yang mana pada musim ini. Kita mungkin tahu nama racun yang mampu memulihkan badan Conan menjadi badan remaja semula tetapi kita tidak tahu nama pasangan bergu Koo Kien Kiet.

Begitulah lumrah manusia....

Namun, persoalannya mengapakah kita sedang berbincang berkaitan minat ? Apa yang istimewa sangat pasal minat ini ? 

Tahu tak membuat sesuatu yang diminati boleh membuatkan sesuatu perkara menjadi lebih efektif ? Tahu tak dengan berkongsi minat yang sama, kita boleh menjadi lebih rapat dengan seseorang ? Tahu tak membuat kerja yang dikaitkan dengan minat kita akan menjadi kerja yang menyeronokkan ? 

Perkara ini aku ingin ketengahkan sebab aku teringat usrah yang aku buat dengan pelajar-pelajar asas 1 pagi tadi. Aku suruh mereka pilih cerita yang mereka minati dan kemudian cuba lihat cerita tersebut dengan menggunakan 'kaca mata tarbiyah' ! Aku suka perkataan tu !! Hehe..

Sebagai contoh, kita dapat lihat dalam cerita Kamen Rider Wizard terdapat satu Kamen Rider yang dipanggil Beast yang sentiasa berfikiran positif. Dia sentiasa beranggapan bahawa setiap kesusahan adalah peluang. Apabila kita fikirkan semula, sesungguhnya ungkapan tersebut adalah benar ! Hal ini kerana sesungguhnya setiap ujian ataupun dugaan yang diberikan oleh Allah merupakan satu peluang yang diberikan olehNYA untuk kita mendekatkan diri kepadaNYA. Oleh sebab itulah orang yang hebat diberi dugaan yang hebat !

Nampak tak bagaimana minat kita boleh membuahkan satu hasil yang menarik apabila kita memandangnya menggunakan 'kaca mata tarbiyah' ?? Stylo kan ? kan ? kan ? Hehe...

"Hanya dua perkara yang mampu menyatukan lelaki iaitu ketakutan dan minat"

"Menjadikan Ilmu Nampak Awesome Terlebih !"

Assalamualaikum..

Thursday, 2 October 2014

K.A.T.A

Assalamualaikum..

Jika internet dilayari untuk mencari maklumat berkaitan jumlah patah perkataan yang dikeluarkan oleh manusia, maka pelbagai jenis info yang akan diperoleh. Ada kajian yang mengatakan bahawa manusia mengeluarkan sekitar 4 ribu patah perkataan dalam sehari. Namun, ada yang mengatakan 30 ribu, 100 ribu dan sebagainya. Jadi kita dapat simpulkan bahawa manusia kebiasaannya akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 4 ribu patah perkataan dalam sehari.

Hmm... Banyakkan jumlah perkataan yang dilafazkan ?

Tapi pernah tak difikirkan.......

Berapa banyakkah perkataan yang tidak elok seperti perkataan lucah dikeluarkan ? Berapa banyakkah perkataan yang dibazirkan untuk mengutuk dan menjatuhkan orang ? Berapa banyakkah perkataan yang dilafazkan yang telah menyakiti hati orang di sekeliling dalam keadaan sedar atau tidak ?

Pernahkah diri memikirkannya ??

Mungkin bila diri disuruh untuk mengenang kembali perkataan-perkataan yang dikeluarkan, diri hanya akan teringat perkataan-perkataan yang telah disumbangkan ke arah kebaikan seperti menasihati rakan. Segala perkataan yang telah mengguris hati orang di sekeliling telah dilupakan. Itu memang lumrah manusia ! Kebaikan diri sering diingati tetapi kejahatan yang dilakukan sering dilupakan. Tetapi kebaikan yang dilakukan oleh orang lain mudah pula untuk dilupakan dan hanya mengingati keburukannya sahaja. 

Pelik kan ? kan ? kan ?

Hidup di dunia ini memang penuh dengan misteri... Tidak mengapa ! Usah difikirkan sangat misteri-misteri sifat manusia ini. Tapi apa yang harus difikirkan pada waktu ini ialah.....

Hmm... Apakah erk ? *Garu kepala*

Tiba-tiba dah terlupa ! Hehe.. 

Haaaaa !!!! Dah ingat dah !

KUASA KATA !

Tahukah kita bahawa kuasa yang dimiliki oleh kata-kata ini sesungguhnya lebih hebat daripada pedang ? Tahukah kita bahawa pistol pun tidak mampu menandingi kuasa kata ? 

Percayalah ! Kerana sesungguhnya segala senjata yang wujud di atas muka bumi ini tidak akan mampu untuk menguasai dan mempengaruhi seseorang sebagaimana yang berjaya dilakukan menggunakan kuasa kata. 

Masih tidak percayakah ? Macam tidak jelas lagikah ?

Percayalah ! Kerana sesungguhnya senjata mampu menakutkan seseorang tapi tidak akan pernah mampu mempengaruhi dan menguasai hati serta minda seseorang sebagaimana yang berjaya dilakukan menggunakan kuasa kata.


Tidak percaya lagikah ? Mahukan bukti ?

Percayalah ! Kerana sesungguhnya banyak bukti yang berada di sekeliling kita..

Pertama, buktinya akan dapat dilihat dalam sejarah pejuang-pejuang dahulu. Kita dapat melihat mereka mempengaruhi orang ramai sehingga menyebabkan orang ramai mampu untuk berlawan menentang senjata-senjata yang hebat.

Kedua, cuba kita renung kembali sejarah nabi-nabi yang terdahulu. Sebagai orang islam, kita mempercayai bahawa setiap nabi mempunyai mukjizat masing-masing yang menunjukkan kekuatan dan kebesaran Allah seperti kebolehan membelah laut, melembutkan besi, berkata-kata dengan binatang dan sebagainya. Namun, persoalannya adakah kita mengetahui apakah mukjizat yang paling agung yang diberikan oleh Allah ? Jawapannya ialah Al-Quran iaitu Kalam Allah ataupun "kata-kata Allah".

Jadi, nampak tak kehebatan yang dimiliki oleh kuasa kata ? nampak tak ?

Sehubungan dengan itu, jagalah bahasa kita ! Jagalah kata-kata kita !! Jagalah percakapan kita ! Jagalah segala perkara yang dikeluarkan oleh mulut kita !!

In-team pernah berpesan bahawa.....

"Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh nyawa. Jagalah bahasa kata kita, jangan disalah guna !!"

"Kuasa Alat Terjemahan Akal"

Assalamualaikum..



Wednesday, 1 October 2014

B.A.R.U

Assalamualaikum..

Bilakah hidup nak maju kalau asyik berada di zon selesa ? Bilakah hidup nak maju kalau asyik ulang perkara yang sama ? Bagaimanakah nak bergerak ke hadapan kalau tidak pernah mencuba mengangkat kaki untuk melangkah ? Bagaimanakah nak bergerak ke hadapan kalau diri tidak mempunyai keberanian ? Adakah diri akan membiarkan ketakutan menghalang diri daripada menjadi lebih baik ? Adakah diri akan membiarkan persekitaran menentukan hidup ini ? 

Sehubungan dengan itu, membuat blog adalah salah satu cara untuk memajukan diri. Blogger menuju wawasan 2020. 

Namun, sesetengah orang beranggapan bahawa menulis blog merupakan satu perbuatan yang tidak berfaedah, membuang masa, sia-sia dan sebagainya. Tapi, mengapakah diri ini masih mahu menjadi blogger ? Adakah diri ini sengaja ingin membuang masa dengan perkara sia-sia ?

*tarik nafas sekejap*

Wahai manusia yang mempunyai pemikiran sedemikian, ketahuilah bahawa membunuh boleh jadi zalim dan juga tidak. Ketahuilah juga bahawa belajar boleh jadi bagus dan juga tidak. Semuanya bergantung kepada sebab kita melakukannya. Sekiranya membunuh untuk duit, maka itu zalim. Namun, jika membunuh kerana mempertahankan diri daripada diserang tidak dianggap zalim. Begitu juga dengan belajar. Belajar ilmu fardhu kifayah seperti matematik itu bagus. Namun, jika ilmu sihir yang dipelajari, maka itu merupakan perbuatan yang salah !

Justeru itu, diri ini mempunyai beberapa niat apabila menjadi blogger...

Pertama, diri ini harap blog ini akan dapat membantu diri ini menjadi seorang penulis yang lebih bagus.

Kedua, diri ini harap blog ini sedikit sebanyak akan dapat membantu orang-orang di luar sana (walaupun diri ini tahu yang mungkin sukar untuk membuat blog ini terkenal) supaya dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik ! Insyaallah satu hari nanti blog ini akan dikenali ramai dan bermanfaat untuk semua orang !! 

Amin...

"Motivasi tidak bertahan lama. Begitu juga dengan mandi ! Oleh sebab itulah mandi itu disyorkan setiap hari..."

"Berani Adalah Rumus Utama"

Assalamualaikum...