Assalamualaikum..
Biasa dengar tak perkataan ISTIQAMAH ? Tahu tak apa tu ISTIQAMAH ? ISIQAMAH tu makanan ke ? ISTIQAMAH tu nama tempat ke ? ISTIQAMAH tu nama orang ke ? ISTIQAMAH tu apakah ?
ISTIQAMAH ni berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud melakukan sesuatu secara berterusan atau dalam bahasa mudah konsisten.
Kita kan dah usaha dalam post sebelum ini, kenapa nak ISTIQAMAH pula ? Kenapa ISTIQAMAH ni penting ? Apa yang jadi kalau kita amalkan ISTIQAMAH ni ? Apa akibat kalau tidak melakukan ISTIQAMAH ?
Hmm.. Rajin tak belajar Bahasa Melayu ? Pernah belajar tak pasal peribahasa yang ada dalam Bahasa Melayu ?
"Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.."
Pernah dengar pasal tu ?
Hmm.. Rajin tak mengenali tokoh-tokoh di dunia ini ? Pernah dengar tak kata-kata yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh terdahulu ?
"Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.."
Pernah dengar tak kata-kata itu ?
ISTIQAMAH ni mampu membuahkan hasil yang besar kepada satu usaha yang kecil. ISTIQAMAH mampu memandu kita ke arah mencapai segala perkara yang kita hajati.
Kalau ISTIQAMAH ni mampu bagi hasil yang besar walaupun dengan usaha yang kecil, kenapa ISTIQAMAH ni tak selalu diamalkan ? Mesti semua orang nak cara yang mudah kan ?
Tapi ketahuilah bahawa ISTIQAMAH ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diamalkan. Disiplin yang tinggi diperlukan untuk mengamalkannya. Kita perlu melatih diri kita untuk mengamalkan ISTIQAMAH.
Walaupun sukar untuk mengamalkan ISTIQAMAH, tapi percayalah bahawa kejayaan yang kalian akan capai akan membuatkan kalian lupa akan segala penat lelah yang dilalui.
Sehubungan dengan itu, buatlah sesuatu secara ISTIQAMAH untuk mencapai sesuatu perkara !
"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.."
"Ikutlah Segala Isi Titah Quran Agar Mudah Ambil Hajat"
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment