Thursday, 2 October 2014

K.A.T.A

Assalamualaikum..

Jika internet dilayari untuk mencari maklumat berkaitan jumlah patah perkataan yang dikeluarkan oleh manusia, maka pelbagai jenis info yang akan diperoleh. Ada kajian yang mengatakan bahawa manusia mengeluarkan sekitar 4 ribu patah perkataan dalam sehari. Namun, ada yang mengatakan 30 ribu, 100 ribu dan sebagainya. Jadi kita dapat simpulkan bahawa manusia kebiasaannya akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 4 ribu patah perkataan dalam sehari.

Hmm... Banyakkan jumlah perkataan yang dilafazkan ?

Tapi pernah tak difikirkan.......

Berapa banyakkah perkataan yang tidak elok seperti perkataan lucah dikeluarkan ? Berapa banyakkah perkataan yang dibazirkan untuk mengutuk dan menjatuhkan orang ? Berapa banyakkah perkataan yang dilafazkan yang telah menyakiti hati orang di sekeliling dalam keadaan sedar atau tidak ?

Pernahkah diri memikirkannya ??

Mungkin bila diri disuruh untuk mengenang kembali perkataan-perkataan yang dikeluarkan, diri hanya akan teringat perkataan-perkataan yang telah disumbangkan ke arah kebaikan seperti menasihati rakan. Segala perkataan yang telah mengguris hati orang di sekeliling telah dilupakan. Itu memang lumrah manusia ! Kebaikan diri sering diingati tetapi kejahatan yang dilakukan sering dilupakan. Tetapi kebaikan yang dilakukan oleh orang lain mudah pula untuk dilupakan dan hanya mengingati keburukannya sahaja. 

Pelik kan ? kan ? kan ?

Hidup di dunia ini memang penuh dengan misteri... Tidak mengapa ! Usah difikirkan sangat misteri-misteri sifat manusia ini. Tapi apa yang harus difikirkan pada waktu ini ialah.....

Hmm... Apakah erk ? *Garu kepala*

Tiba-tiba dah terlupa ! Hehe.. 

Haaaaa !!!! Dah ingat dah !

KUASA KATA !

Tahukah kita bahawa kuasa yang dimiliki oleh kata-kata ini sesungguhnya lebih hebat daripada pedang ? Tahukah kita bahawa pistol pun tidak mampu menandingi kuasa kata ? 

Percayalah ! Kerana sesungguhnya segala senjata yang wujud di atas muka bumi ini tidak akan mampu untuk menguasai dan mempengaruhi seseorang sebagaimana yang berjaya dilakukan menggunakan kuasa kata. 

Masih tidak percayakah ? Macam tidak jelas lagikah ?

Percayalah ! Kerana sesungguhnya senjata mampu menakutkan seseorang tapi tidak akan pernah mampu mempengaruhi dan menguasai hati serta minda seseorang sebagaimana yang berjaya dilakukan menggunakan kuasa kata.


Tidak percaya lagikah ? Mahukan bukti ?

Percayalah ! Kerana sesungguhnya banyak bukti yang berada di sekeliling kita..

Pertama, buktinya akan dapat dilihat dalam sejarah pejuang-pejuang dahulu. Kita dapat melihat mereka mempengaruhi orang ramai sehingga menyebabkan orang ramai mampu untuk berlawan menentang senjata-senjata yang hebat.

Kedua, cuba kita renung kembali sejarah nabi-nabi yang terdahulu. Sebagai orang islam, kita mempercayai bahawa setiap nabi mempunyai mukjizat masing-masing yang menunjukkan kekuatan dan kebesaran Allah seperti kebolehan membelah laut, melembutkan besi, berkata-kata dengan binatang dan sebagainya. Namun, persoalannya adakah kita mengetahui apakah mukjizat yang paling agung yang diberikan oleh Allah ? Jawapannya ialah Al-Quran iaitu Kalam Allah ataupun "kata-kata Allah".

Jadi, nampak tak kehebatan yang dimiliki oleh kuasa kata ? nampak tak ?

Sehubungan dengan itu, jagalah bahasa kita ! Jagalah kata-kata kita !! Jagalah percakapan kita ! Jagalah segala perkara yang dikeluarkan oleh mulut kita !!

In-team pernah berpesan bahawa.....

"Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh nyawa. Jagalah bahasa kata kita, jangan disalah guna !!"

"Kuasa Alat Terjemahan Akal"

Assalamualaikum..



No comments:

Post a Comment