Assalamualaikum..
Haaaa... Kita dah sampai dah dekat pengakhiran formula D.U.I.T..
Maaflah lambat habiskan cerita pasal D.U.I.T ni. Maklumlah apabila sifat malas menguasai diri, benda yang semudah ABC boleh menjadi susah seperti Matematik Tambahan. Oleh itu, kalian janganlah biarkan sifat malas menguasai diri kalian tau !
Baiklah. Sekarang kita teruskan dengan cerita TAWAKAL.
TAWAKAL ini apa pula ?
Tahu tak ?
Pelbagai pendapat yang kita akan jumpa berkaitan maksud TAWAKAL ini.
Jikalau kita lihat wikipedia, ita akan dapati TAWAKAL itu berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud berserah diri sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi atau menunggu hasil suatu pekerjaan, atau menanti akibat dari suatu keadaan.
Ada juga yang mentafsirkan TAWAKAL sebagai suatu kesedaran bahawa seluruh makhluk tidak mendatangkan sebarang mudarat atau manfaat kepadamu, tidak memberi atau mengambil sesuatu darimu, dan engkau tidak menggantungkan sebarang harapan kepada mereka.
Faham tak ? Tahu tak kenapa TAWAKAL ni penting ?
Tak tahu ?? Hmm..
Tidak mengapa.. Kita boleh belajar !
Rilek, Tenang & Sabar yeee...
TAWAKAL ini banyak manfaatnya !
1. Mengelakkan diri daripada rasa putus asa.
2. Hilangkan rasa kecewa.
3. Melatih diri menerima ketentuan Allah.
4. Supaya kita lebih yakin dengan kuasa Allah.
5. Agar diri tidak berasa angkuh dan sombong.
6. Terlepas daripada perasaan resah dan gelisah.
7. Disayangi oleh Allah dan Rasul.
Sehubungan dengan itu, kita haruslah sentiasa mengamalkan sifat TAWAKAL ini.
TAPI !!!!!
Kita hendaklah berTAWAKAL setelah kita Doa, Usaha dan Istiqamah ! Janganlah pula tidak berbuat apa-apa dengan alasan hendak TAWAKAL yeeee...

"Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal”
"Terimalah Apa2 Walau Allah Kurangkan Atau Lebihkan"
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment