Friday, 2 January 2015

U.J.I.A.N

Assalamualaikum..

Pernah tak diri mengeluh kerana ditimpa kesusahan ? Pernah tak diri mencarut kerana dilanda musibah ? Pernah tak diri putus harapan ketika melalui liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran ? Pernah tak diri hilang arah saat berjalan dalam onak duri kehidupan ? Pernah tak lalui perkara tersebut ? Pernah tak ?

Ketika saat itu tiba, diri biasanya akan terasa lemah. Kaki terasa bagai tidak mampu untuk mengatur langkah bagi menghadapi hari-hari yang mendatang. Tangan terasa bagai tidak mampu untuk menggenggam misi dan visi hidup yang selama ini dipegang untuk mencapai kecemerlangan hidup. Tulang belakang terasa seperti tidak lagi mempunyai kudrat untuk terus menyokong tubuh badan berdiri dengan megah. Segala hormon yang selama ini memberikan diri perasaan gembira terasa bagai telah hilang dan lenyap daripada tubuh badan begitu sahaja. Mulut yang selama ini mengukir senyuman walau di mana berada telah lemah dan tidak lagi mampu untuk meneruskan senyumannya itu. 

Diri pada waktu itu tidak akan terkejut sekiranya dipanggil sebagai zombi. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, tidak berbeza sedikit pun diri dengan zombi. Memang tidak aneh lah jika dipanggil sedemikian !
Kenapa semua ini berlaku sebenarnya ? Mengapakah diri dibiarkan menjadi zombi ? Apakah sebenarnya punca berlakunya semua ini ?

Cuba kita tarik nafas sekejap.....

*tarik nafas*

*hembus nafas*

*tarik lagi*

*hembus*

Dah cukup dah oksigen dalam otak itu ? Dah segar dah otak itu ? Dah boleh berfikir dengan elok ? 

Ok... Bagus ! 

Sekarang cuba kita fikir, semua ini berlaku hanyalah kerana kita ditimpa ujian. 

Namun, persoalannya sekarang ialah adakah kita akan membiarkan ujian menjatuhkan kita ? Adakah kita akan membiarkan ujian menghancurkan kehidupan kita ? Adakah kita akan membiarkan ujian memusnahkan segalanya ? Nak ke ??

Ok ok.. sekarang cuba fikir lagi..

Adakah ujian yang bersalah apabila kehidupan kita hancur ? Adakah ujian yang bersalah apabila kita jatuh ? Adakah benar bahawa ujian yang bersalah apabila impian, harapan, cita-cita, misi dan sebagainya musnah ? Adakah benar ??

Fikir elok-elok tau ! Jawapan untuk soalan ini akan dikemukakan kemudian..

Sementara itu, mari kita renung-renungkan ayat ini....

“Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma.. Itu jelas membuktikan Allah mengasihimu setiap masa..”

“Untunglah Jika Itu Allah Nak”

Assalamualaikum..

1 comment:

  1. Alhamdulillah..mesej sangat menusuk kalbu..good job!

    ReplyDelete